Latarbelakang projek

Projek Ini Cerita Aku ini dilaksanakan untuk mengumpul cerita-cerita dari rakyat Malaysia yang mungkin sebahagian daripada kita terlepas pandang.Dari cerita ini kita mahu mengenal diri kita sendiri dan membenarkan individu lain menganalisa diri kita, namun terus menjadi satu di bawah satu bumbung bergelar Malaysia.

Kami mahu anda terus bercerita dan meletakkan hashtag #IniCeritaAku pada cerita anda. Tiada hadiah yang dapat kami berikan, hanyalah berkongsi rasa puas kerana dapat menyatukan kita. Jangan lupa, kongsi dan hashtag #IniCeritaAku