Kongsi Cerita

Kongsi cerita anda di media sosial anda baik di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube atau emelkan kepada kami di tokdalang@iniceritaaku.com.

Formatnya sama sahaja seperti yang telah anda biasa buat setiap hari di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube anda sendiri. Tandakan cerita-cerita anda itu dengan hashtag #IniCeritaAku untuk memudahkan carian atau pautkan dengan akaun media sosial kami.

Kurator Ini Cerita Aku yang kami gelarkan sebagai Tok Dalang akan menjadi kurator setiap hari untuk mengemudi cerita anda dalam pelbagai bentuk. Kalau mood Tok Dalang baik, banyaklah idea yang akan menjadi inspirasi Tok Dalang untuk bersuara. Setiap cerita ada penamatnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap perdebatan ada pendamainya. Setiap pujian ada maknanya.

Jika tiada cerita menarik yang mahu anda kongsikan, anda boleh membaca cerita-cerita individu lain dengan carian #IniCeritaAku di semua platform media sosial dan melayari portal rasmi di www.iniceritaaku.com.